Peniaga Rugi Hampir RM166,000 Akibat Pelaburan Tidak Wujud

27/01/2025 11:18 AM

KUANTAN, 27 Jan (Bernama) -- Seorang peniaga kerugian hampir RM166,000 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, awal bulan ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 26 tahun itu berminat menyertai pelaburan terbabit kerana dijanjikan keuntungan antara enam hingga 19 peratus daripada jumlah pelaburan.

“Mangsa diberikan pautan untuk mendaftar sebagai ahli di sebuah laman web dan mula melabur pada 1 Jan lepas dengan menggunakan wang simpanannya. 

“Mangsa membuat transaksi perbankan ke lima akaun bank berbeza diberikan suspek hingga 20 Jan sebelum berasa curiga kerana diminta membuat pelbagai bayaran bagi membolehkan hasil pelaburan dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan