Lelaki Maut Dihempap Dinding, Atap Konkrit Di Kuching

24/02/2025 07:25 PM

KUCHING, 24 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan maut selepas dihempap dinding dan atap konkrit stor yang sedang dirobohkan di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Central Timur, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 10.08 pagi dan mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat," katanya sambil menambah, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mohd Farhan menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan gambar mangsa demi menjaga sensitiviti keluarga selain diminta tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan