Warga Emas Rugi RM100,000 Terperdaya Sindiket Menyamar Pegawai BNM

11/03/2025 01:10 PM

KUANTAN, 11 Mac (Bernama) -- Seorang wanita warga emas kerugian RM100,000 akibat terperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan wakil mahkamah, pada Ahad lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 60 tahun itu telah menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa mangsa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan telah diarahkan untuk mengisytiharkan wang simpanannya. 

“Mangsa diminta mengisytiharkan wang simpanannya dengan cara memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan suspek. Terperdaya dengan helah berkenaan, mangsa telah melakukan empat transaksi pemindahan wang ke dua akaun berbeza pada 7 hingga 9 Mac berjumlah RM100,000. 

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila diminta suspek untuk menambahkan wang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sekiranya menerima panggilan meragukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan