IPOH, 20 Jun (Bernama) -- Seorang wanita cedera selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Kampung Jawa, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.21 tengah hari.
“Mangsa berusia 20 tahun, terjatuh dari balkoni belakang iaitu bahagian ruangan mesin pemampat penyaman udara dari aras tujuh ke tingkat dua, menyebabkan dia mengalami kecederaan serius termasuk patah paha kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian, sebelum dihantar ke hospital.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial