Pelajar OKU Dakwa Dicabul Guru

06/07/2025 07:54 PM

SEREMBAN, 6 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual berusia 16 tahun mendakwa dicabul seorang guru di sebuah sekolah di Rembau pada Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Rembau Supt Hasani Hussain berkata pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) itu membuat laporan pada 5.15 petang semalam, mendakwa kejadian berkenaan dilakukan guru lelaki berusia 36 tahun. 

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 10.40 pagi, 5 Mei lepas semasa mangsa sakit kaki selepas aktiviti merentas desa.

“Guru itu didakwa mengurut kaki pelajar berkenaan dari tapak kaki sampai ke paha, sehingga mangsa berasa guru itu tersentuh bahagian sensitifnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasani berkata mangsa memberitahu kejadian itu kepada seorang guru lain pada 30 Jun.

Beliau berkata suspek ditahan kira-kira 10 malam tadi di Rembau, namun dia menafikan terlibat dalam kes berkenaan.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan