Kemalangan Dua Lori Akibatkan Tumpahan Asid Nitrik

11/07/2025 09:52 AM

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan bahan kimia dengan sebuah lagi lori lain menyebabkan berlakunya tumpahan asid nitrik di Jalan Besar Sabak Bernam, Sungai Besar di sini semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.01 petang semalam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. 

Beliau berkata setibanya di lokasi pihaknya mendapati telah berlaku kemalangan melibatkan lori membawa bahan kimia dengan sebuah lori lain, menyebabkan tong yang mengandungi bahan kimia jatuh dan mengalami kebocoran.

"Pemeriksaan mendapati tumpahan asid nitirik 68 peratus daripada 40 tong dan calsium hypochlorite 70 peratus sebanyak 24 tong (peratusan merujuk kepada jenis kepekatan bahan kimia bukan merujuk peratusan tumpahan). 

"Terdapat satu mangsa lelaki, iaitu pemandu lori tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata sisa bahan kimia itu telah dibersihkan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sebelum oeprasi tamat sepenuhnya pada 2.42 pagi tadi.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, BBP Sungai Besar serta dibantu pasukan Hazmat BBP Rawang. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan