TANGKAK, 18 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas yang sebelum ini dilaporkan hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat di Sungai Muar di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata mangsa yang berusia 62 tahun itu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang di Jambatan Panchor-Gersik, semalam.
Beliau berkata ketika ditemukan, mayat berada dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan lelaki itu dilaporkan hilang selepas kenderaannya dijumpai orang awam berhampiran jambatan terbabit, selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu pada 6 pagi semalam sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial