Buruh Didakwa Edar 65kg Kanabis Di Pasir Mas

06/08/2025 04:58 PM

PASIR MAS, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang buruh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 65 kilogram kanabis, Mac lepas.

Zulhakimy Aiman Suhairuddin, 24, bersama dua individu lain yang sudah dituduh, didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah kedai tanpa nombor di Kampung Pak Jak, Alor Pasir di sini pada 2.50 petang 22 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, akan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Baihaqy Mohd Saidi dan Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan