Op Northern Star: Datuk Seri Antara Individu Terbaru Ditahan

16/08/2025 02:23 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Polis menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star baru-baru ini.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit termasuk individu bergelar Datuk Seri.

Bagaimanapun, beliau berkata butiran mengenai hasil Op Northern Star terbabit akan dikongsikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam masa terdekat.

Pada 30 Mei lepas, Muhammed Hasbullah memaklumkan jumlah tangkapan membabitkan kes penipuan pelaburan MBI adalah sebanyak 17 individu dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan serta disita RM3.81 bilion.

Beliau berkata tangkapan tersebut melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu yang ditahan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air menerusi Op Northern Star.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan