KOTA BHARU, 17 Ogos (Bernama) -- Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 10 warga Myanmar yang bertindak menyeberangi Sungai Golok bagi memasuki Malaysia secara tidak sah.
Menurut kenyataan 2 Divisyen hari ini, mereka terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun.
"Beberapa barangan peribadi seperti telefon bimbit dan wang tunai Malaysia, Myanmar dan Thailand turut dirampas.
"Selain itu, sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero berjaya ditahan namun pemilik kenderaan yang disyaki penyeludup telah berjaya melarikan diri menyeberangi Sungai Golok ke arah Thailand," menurut kenyataan itu.
2 Divisyen turut memaklumkan nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM21,426 dan kesemua yang ditahan telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial