SHAH ALAM, 27 Ogos (Bernama) -- Petugas sekolah antara pihak yang telah dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan masih dijalankan dengan beberapa keterangan telah diambil melibatkan pelbagai pihak.
"Rakaman percakapan telah diambil termasuk daripada pihak sekolah," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Shazeli dilaporkan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial