Polis Mohon Bantuan Kesan Lelaki OKU Hilang Di Gerik

08/09/2025 09:08 PM

IPOH, 8 Sept (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang dari Kampung Air Ganda, Temengor, Gerik sejak 27 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata Mohammad Fadhlan Mohamad Fadzil yang mempunyai masalah mental kali terakhir dilihat di sekitar rumahnya sebelum dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

“Polis menerima laporan berkaitan kehilangan lelaki itu daripadanya keluarganya pada 27 Julai lepas, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

“Mohammad Fadhlan bertubuh gempal, berkulit kuning langsat selain mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Nur Azliza Nordin melalui talian 019-2403992 atau IPD Gerik 05-7912222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan