KPDN Perak Rampas 11,500 Liter Diesel Disyaki Diseleweng

20/09/2025 02:24 PM

IPOH, 20 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 11,500 liter diesel disyaki diseleweng dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Changkat Jong dekat Teluk Intan, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamaluddin Ismail berkata serbuan pada 2.40 petang itu dilaksanakan menerusi Op Tiris 2025 hasil risikan serta pemantauan selama seminggu.

Beliau berkata pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 11,500 liter cecair disyaki diesel yang disimpan dalam sebuah tangki, selain sebuah lori.

"Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang mengaku sebagai penyelia tapak pembinaan terbabit gagal mengemukakan sebarang kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan ketika diminta pasukan penguat kuasa.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM140,200," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut turut dijalankan terhadap sebuah syarikat pembekal di Lembah Klang yang disyaki gagal memastikan pembeli memiliki lesen atau permit sah sebelum melakukan transaksi.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan