KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan keluarga kepada seorang remaja lelaki dipercayai autistik yang ditemukan sedang duduk bersendirian di tengah laluan motosikal di Kilometer 43.2 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata remaja dipercayai berbangsa Cina dan dianggarkan berusia 14 tahun itu ditemukan pada 9.13 malam oleh seorang penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan.
"Ketika ditemukan, mangsa berkulit sawo matang itu memakai baju berwarna biru berlengan pendek dan seluar jean berwarna biru serta tanpa sebarang pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhamad Farid berkata remaja itu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan sementara serta tindakan lanjut.
Polis menggesa keluarga atau waris atau orang ramai yang mengenali mangsa untuk menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-80752222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial