AM

Senarai 23 lebuh raya tawar diskaun tol pada hari pertama sambutan Aidilfitri

28/05/2019 11:41 PM

KLANG, 28 Mei (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan.

Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat :

  1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) - 33 peratus 
  2. Lebuhraya Grand Saga (GSSB) - 30 peratus
  3. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) - 20 peratus 
  4. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) - 20 peratus
  5. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) - 20 peratus
  6. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) - 20 peratus
  7. Jambatan Pulau Pinang - 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 - 20 peratus
  9. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - 20 peratus 
  10. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - 20 peratus 
  11. Lebuhraya BESRAYA - 20 peratus 
  12. Lebuhraya MEX (Maju Expressway) - 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  13. Lebuhraya Grand Sepadu - 15 peratus 
  14. Lebuhraya Shah Alam (Kesas) - 10 peratus 
  15. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) - 10 peratus 
  16. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) - 10 peratus 
  17. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) - 10 peratus 
  18. Lebuhraya Kajang SILK (SILK) - 10 peratus 
  19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) - 10 peratus 
  20. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 - 10 peratus 
  21. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) - 10 peratus 
  22. Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) - 10 peratus
  23. Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) - 10 peratus 

Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu :

  1. Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) - 10 peratus 
  2. Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) - 20 peratus
  3. Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja - 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan