AM

Seberang Perai bakal diisytihar bandaraya pada 16 Sept

11/09/2019 02:48 PM

GEORGE TOWN, 10 Sept  -- Seberang Perai bakal diisytiharkan sebagai bandaraya pada Hari Malaysia pada 16 Sept, menurut seorang anggota Exco Pulau Pinang.

Jagdeep Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, telah menyerahkan surat bagi pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP ) kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan.

Dengan perisytiharan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menjadi majlis bandaraya, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperoleh status bandar raya pada 2015.

Jagdeep Singh menjelaskan bahawa untuk diklasifikasikan sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan seperti kawasan perindustrian, institusi pendidikan, kemudahan perubatan, institusi kewangan dan kemudahan untuk menarik pelabur ke negeri ini, dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan.

Beliau berkata presiden MPSP Datuk Rozali Mohamud akan dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai sebaik sahaja memperoleh status itu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan