AM

Harimau kumbang jantan masuk perangkap di Sungai Siput

27/07/2024 05:53 PM

IPOH, 27 Julai (Bernama) -- Kebimbangan penduduk Ladang Jalong di Sungai Siput apabila haiwan peliharaan mereka kerap menjadi mangsa binatang buas berakhir apabila seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap pada Jumaat. 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata perangkap itu dipasang sejak 20 Jun lepas setelah pihaknya menerima aduan dari penduduk  pada 9 Jun.

Beliau berkata harimau kumbang seberat 42 kilogram itu dipercayai masuk perangkap pada tengah malam hari berkenaan.

"Perangkap dibiarkan aktif sehingga semalam selepas kita menerima laporan harimau kumbang masuk perangkap.

"Harimau kumbang yang didapati mengalami kecederaan pada muka dan mulut itu telah diberikan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yusoff berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa kerana dipercayai terdapat kehadiran harimau lain di sekitar kawasan berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan