AM

JAKOA BERJAYA PUJUK ORANG ASLI UNTUK PULANG

19/06/2019 06:14 PM

GUA MUSANG, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berjaya memujuk lebih 100 penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh yang berpindah di kawasan hutan kerana wabak demam campak agar pulang semula ke rumah mereka.

Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, usaha memujuk supaya mereka pulang itu bermula seminggu lalu dan mereka mula pulang secara berperingkat sebelum berakhir semalam. 

Beliau berkata, pihaknya sudah memberi jaminan untuk membaiki cara hidup mereka termasuk melaksanakan segala kemudahan yang diperlukan seperti bekalan air bersih dan membantu untuk mencari sumber pendapatan. 

"Kita telah berjaya pujuk mereka pulang semula ke rumah dan tidak ada lagi dalam kalangan kaum itu tinggal di khemah walaupun khemah yang dibina mereka belum dirobohkan," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Kejadian wabak penyakit demam campak itu menyebabkan beberapa kematian sejak lebih sebulan lalu dan 112 orang lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan klinik kesihatan lain berhampiran. 

Hashim Alang berkata, pihaknya akan melaksanakan segala kemudahan yang sudah dirancangkan termasuk tanaman kontan untuk sumber pendapatan selepas keadaan kembali normal. 

Ditanya adakah suku Batek kampung itu akan pindahkan, beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana mereka sudah biasa tinggal di situ sejak dahulu lagi. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan