EKONOMI

Saham MYEG meningkat susulan pembelian pegangan kembang operasi di Indonesia

23/07/2019 05:39 PM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Saham MY EG Services Bhd (MYEG) tinggi hari ini susulan berita bahawa unit syarikat itu di Indonesia, MY EG (Indonesia) Sdn Bhd, membeli 40 peratus pegangan dalam PT Cartenz Inti Utama dengan harga RM41.1 juta.

Penyedia perkhidmatan kerajaan elektronik itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata pelaburan tersebut akan membolehkan ia terus melancarkan sistem pemantauan cukainya di peringkat serantau dan menggunakan semula beberapa aset daripada sistem yang sama di Malaysia ke pasaran serantau lain. 

Pada 4.15 petang, kaunter MYEG meningkat lapan sen kepada RM1.69 dengan 53.17 juta saham diurusniagakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan