EKONOMI

Alam Maritim muncul sebagai saham paling aktif diniagakan

20/11/2019 11:33 AM

KUALA LUMPUR, 20 Nov  -- Saham Alam Maritim Resources Bhd muncul sebagai saham paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pagi ini, beberapa jam selepas syarikat pengangkutan laut itu mencatatkan keputusan suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan.

Pada 9.32 pagi, saham meningkat dua sen kepada 12 sen dengan 51.53 juta saham bertukar tangan.

Dalam tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2019, Alam Maritim kembali pulih selepas mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM535,000 berbanding kerugian bersih sebanyak RM21.38 juta dalam tempoh sama tahun lepas, manakala perolehan melonjak kepada RM114.59 juta daripada RM21.41 juta sebelum ini.

Keputusan lebih baik itu susulan perolehan yang tinggi daripada segmen Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) berikutan kontrak sewaan yang meningkat, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Susulan keputusan suku ketiga yang lebih baik itu, Maybank IB Research menaikkan prospeknya ke atas Alam Maritim.

“Kami mengurangkan unjuran kerugian bersih teras tahun kewangan 2019 sebanyak 14 peratus kepada RM16 juta daripada RM18 juta selepas keputusan suku ketiga 2019,” katanya dalam nota hari ini.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran tidak berubah pada 18 sen.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan