AM

SEBELAS RUMAH KEDAI TERBAKAR DI TANJUNG MALIM

28/03/2020 09:04 AM

TANJUNG MALIM, 28 Mac  -- Sebanyak 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen, dekat sini terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan insiden itu pada pukul 12.22 tengah malam sebelum sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya operasi memadam kebakaran turut disertai BBP Slim River, BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Bidor dan Pasukan Bomba Sukarela Slim Village.

"Sebaik bomba tiba, semua unit 11 rumah kedai itu telah 70 peratus terbakar dan setakat ini belum ada mangsa dilaporkan terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan