DUNIA

Sehingga 200,000 diramal maut akibat COVID-19 Di Amerika Syarikat

30/03/2020 10:27 AM

WASHINGTON, 30 Mac  -- Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak COVID-19 dan berjuta-juta lagi dijangkiti, kata seorang pegawai penyakit berjangkit pada Ahad.

"Melihat kepada keadaan sekarang, kita dijangka menyaksikan antara 100,000 hingga 200,000 kematian," kata pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Dr Anthony Fauci kepada CNN.

"Kita juga bakal menyaksikan berjuta-juta kes," lapor agensi berita Anadolu.

Fauci, berkata unjuran boleh berubah memandangkan wabak penyakit itu seperti "sasaran bergerak".

Pada Ahad, sekurang-kurangnya 2,197 orang meninggal dunia dan jumlah jangkitan meningkat kepada 125,300, menurut data Johns Hopkins University.

Kes kematian pertama di AS dilaporkan pada 29 Februari di Washington, kini negeri itu mencatatkan jumlah korban seramai 136 orang.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan