AM

Buku teks sekolah kini dalam versi digital - KPM

13/01/2021 08:34 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi “KPM eTextbook Reader” bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Menerusi satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan aplikasi itu sekali gus memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan.

KPM eTextbook Reader membantu murid-murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

“Aplikasi boleh didapati secara percuma melalui laman sesawang www.textbook.moe.gov.my atau boleh terus dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader,” menurut KPM.

Mengulas lanjut, KPM menyatakan bahawa aplikasi itu membolehkan murid mengakses buku teks digital menggunakan telefon pintar dan tablet pada bila-bila masa dan di luar sekolah dan kediaman untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Katanya, capaian internet tidak diperlukan setelah aplikasi dimuat turun dan aplikasi KPM eTextBook Reader juga boleh menjadi penyelesai masalah beg sekolah berat dan mengurangkan kos mencetak buku teks. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan