EKONOMI

Platform Fastrexs sasar bantu latih 5,000 belia jana pendapatan   

08/04/2021 01:42 AM

KUALA LUMPUR, 7 April -- Golongan belia khususnya yang sedang buntu mencari pekerjaan dan sehingga kini menggangur boleh merebut peluang untuk menceburi bidang ekonomi gig sambil menjana pendapatan melalui platform Fastrexs.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawan merangkap exco Majlis Belia Malaysia Datuk Syed Osman Mohamed berkata aplikasi itu yang merupakan usaha sama majlis tersebut dengan Fastrexs (M) Sdn Bhd, disasar dapat membantu melatih 5,000 belia keluar daripada pengangguran.      

"Kita akan beri latihan secara fizikal kepada mereka yang berminat supaya dapat rebut segala peluang tersedia dalam aplikasi Fastrexs. 

"Kita sasar 5,000 belia untuk keluar dari menganggur, kita bagi peluang untuk sertai platform ini supaya dapat jana pendapatan sendiri dengan yuran pendaftaran serendah RM50," katanya ketika menjadi tetamu jemputan program Darah Muda terbitan Bernama TV. 

Fastrexs merupakan syarikat penghantaran barangan serbaneka dan runcit yang memulakan operasi sejak Januari tahun ini. 

Syed Osman berkata, selain yuran pendaftaran rendah, usahawan belia boleh turut mendapat manfaat komisen sebanyak 15 peratus melalui aplikasi Fastrexs manakala mereka yang mempunyai produk sendiri dan berdaftar dengan aplikasi itu juga boleh mengiklankan produk secara percuma di platform tersebut. 

Sementara itu, Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan Fastrexs Afiqah Jamberi berkata pelbagai tawaran latihan dan peluang pekerjaan disediakan seperti menjadi usahawan dengan membuka gerai 'fastburger' atau menjadi 'rider'.    

"Mereka yang tidak mempunyai produk sendiri, kita ada 'fastburger' untuk mereka pasarkan. Segala bahan dan 'stall installation', Fastrexs sediakan termasuk online platform. Ini secara automatik akan menjadikan anda sebagai usahawan di bawah 'fastburger'," katanya.

Bagi yang berminat boleh melayari laman web rasmi di www.fastrexs.com.my

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan