AM

40 individu dikompaun berada di kafe melebihi masa ditetapkan

08/04/2021 02:21 PM

SIBU, 8 April -- Empat puluh individu dikenakan kompaun antara RM10,000 dan RM1,500 selepas didapati berada di sebuah kafe, di Jalan Adam di sini, melebihi tempoh waktu yang dibenarkan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata individu yang dikompaun itu terdiri daripada seorang pemilik kafe yang dikenakan kompaun RM10,000 manakala lapan pekerja dan 31 pelanggan masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

Katanya pada jam 10.45 malam semalam, sepasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah melakukan pemeriksaan di kafe tersebut.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kesemua suspek didapati telah melakukan kesalahan apabila pemilik premis dan pelanggan berada dalam premis yang beroperasi lebih masa,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kafe tersebut menjalankan perniagaan makanan jenis BBQ dan menjual minuman alkohol dan didapati penuh dengan pelanggan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan