AM

PEMULIH : Bantuan RM500 seorang untuk tiga bulan bantu OKU hilang kerja - Muhyiddin

28/06/2021 06:32 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun -- Kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, inisiatif itu akan memanfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 juta.

“Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU, bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan,” katanya.

Bagi tujuan itu Muhyiddin berkata, sejumlah RM20 juta diperuntukkan dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu.

Menerusi PEMULIH, Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberikan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan.

Beliau berkata ia termasuk gim, boling, futsal dan sebagainya, yang turut terkesan memandangkan hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan