KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Aktiviti rentas negeri dijangka akan dibenarkan semula tidak lama lagi, selepas kadar vaksinasi kepada populasi dewasa negara kini semakin menghampiri 90 peratus.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter rasminya hari ini menyatakan sehingga semalam, kadar populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi kini mencapai 86 peratus.
“Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggung jawab terhadap tindakan kita. Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya,” katanya.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima vaksinasi lengkap, berdasarkan kepada data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).
Mengikut portal KKM COVIDNOW hari ini, sejumlah 20,317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID mereka semalam, bermakna hanya tinggal kira-kira 3.2 peratus lagi untuk mencapai kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial