DUNIA

Varian baharu: Perancis, Arab Saudi, beberapa negara lain larang perjalanan dari Afrika

27/11/2021 11:29 AM

PARIS, 27 Nov -- Perancis pada Jumaat melarang kemasukan pengembara dari negara-negara Afrika sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam berikutan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19.

Pengembara dari Afrika Selatan, Lesotho, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Namibia dan Eswatini, tidak dibenar masuk ke Perancis, tanpa mengira status vaksinasi, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan strain baharu, B.1.1.529, sebagai “Varian Yang Membimbangkan” yang mencetuskan peningkatan mendadak kes COVDI-19 di Afrika Selatan.

Selain itu, pada Jumaat Arab Saudi turut mengumumkan larangan perjalanan keluar dan masuk dari tujuh negara Afrika, memetik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Penerbangan yang dibatalkan membabitkan negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Maghribi, Mesir dan Israel turut mengambil langkah yang sama bagi membendung penularan varian baharu itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan