FOKUS BERNAMA

Omicron Terus 'Menyerang' Dunia

14/01/2022 01:32 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Jan hingga pukul 12:00tgh 14 Jan 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.79 juta kes. Di peringkat global, lebih 320 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.5 juta. Lebih 264 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Masuk ke minggu kedua tahun 2022, dunia terus diserang jutaan kes baharu COVID-19, sebahagian besarnya dicetuskan varian berbahaya Omicron seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lebih 15 juta kes dilaporkan kepada WHO minggu lalu dan badan dunia itu mengakui mungkin jutaan kes tidak direkod.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu sidang media Selasa lepas, varian Omicron masih virus berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksin dan majoriti pesakit di hospital adalah golongan berkenaan.

pic-4

“Sementara vaksin masih berkesan mencegah kematian dan gejala teruk COVID-19, vaksinasi tidak menghalang sepenuhnya jangkitan.

“Lebih banyak jangkitan, lebih banyak dimasukkan ke hospital, lebih banyak kematian, lebih ramai yang tidak boleh bekerja - termasuk guru dan pekerja kesihatan - dan lebih risiko untuk varian baharu muncul yang mungkin lebih mudah menular dan lebih berbahaya daripada Omicron, ” kata beliau, menambah, jumlah kes kematian global akibat COVID-19 stabil kepada sekitar 50,000 seminggu.

Menurut WHO, kebanyakan wilayah di dunia melaporkan peningkatan kes kecuali Wilayah Afrika yang mencatat penurunan kes sebanyak 11 peratus.

Wilayah Asia Tenggara melaporkan peningkatan tertinggi kes harian baharu COVID-19 minggu lalu iaitu 418 peratus, diikuti Wilayah Pasifik Barat, 122 peratus dan Wilayah Mediterranean Timur, 86 peratus.

 

PERKEMBANGAN COVID-19 DI MALAYSIA DAN KLUSTER JEMAAH UMRAH

pic-2

Menurut KKM dalam kenyataan akhbar 11 Jan 2022, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Varian yang Dibimbangi (VOC) dan Varian yang Mempunyai Kepentingan (VOI) adalah sebanyak 5,760 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,740 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Bagi VOC, 5,240 kes varian Delta; 253 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha

Sementara itu, kes harian baharu COVID-19 Malaysia masih dalam lingkungan empat angka dan semalam Khamis 13 Jan 2022, KKM melaporkan sebanyak 3,684 lagi kes, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,798,917.

Berikut adalah data kes harian baharu bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (8 Jan - 13 Jan 2022):-

8 Jan (3,251), 9 Jan (2,888), 10 Jan (2,641), 11 Jan (3,175), 12 Jan (3,198) dan 13 Jan (3,684).

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,798,917 ini, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (3,092,409 kes) dan Netherlands (3,465,463 kes).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, daripada 3,684 kes harian baharu, hanya 34 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 3,650 kes (99.1 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 3,292 lagi kes sembuh pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh kini sebanyak 2,726,891 (97.4 peratus).

Di Unit Rawatan Rapi, terdapat sebanyak 178 kes yang disahkan COVID-19, dan 70 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

pic-3

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

8 Jan (0.97), 9 Jan (0.98), 10 Jan (0.98), 11 Jan (1.00), 12 Jan (0.99) dan 13 Jan (1.00).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 13 Jan 2022 ialah WP Kuala Lumpur (1.08), Sabah 1.07 dan WP Putrajaya 1.05.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

Sementara itu, menurut KKM, bermula 25 November 2021 sehingga 11 Januari 2022, terdapat sebanyak 16 kluster melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.

Daripada 16 kluster tersebut, tujuh (7) kluster melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron, enam (6) kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron yang sedang menunggu keputusan jujukan jenom penuh (WGS), dan tiga (3) kluster melibatkan kes indeks positif COVID-19 bukan varian Omicron.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Perincian kes harian baharu (3,684 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59mlm 13 Jan 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Johor 444 (+12), Kedah 177 (+8), Kelantan 277 (+2), Melaka 238 (+7), Negeri Sembilan 130 (+28), Pahang 247 (+6), Perak 141 (+12), Pulau Pinang 156 (+8), Sabah 255 (+2), Selangor 983 (+100) dan WP Kuala Lumpur 186 (+123).

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 71 (+4), Sarawak 18, WP Putrajaya 17 (+6) dan WP Labuan 16 (+2).

Kes harian baharu satu angka - Perlis 7 (+1).

 

Sementara itu, setakat 13 Jan 2022, terdapat sebanyak 178 kluster aktif di Malaysia. Secara keseluruhan sebanyak 6,192 kluster dikesan dan 6,014 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman, berdasarkan data KKM, sebanyak 32 kluster baharu dilaporkan dan kluster terbanyak adalah tempat kerja, 10 kluster (31.3 peratus) dan pendidikan, 7 kluster (21.9 peratus), diikuti komuniti, 6 kluster (18.8 peratus).

KKM melaporkan tiga (3) kluster import melibatkan jemaah umrah yang kembali ke tanah air dari Arab Saudi, sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:-

8 Jan - Jalan Dua SAUDI (Machang, Kelantan); 11 Jan - Dah Kampung Pegawai SAUDI (Kota Setar, Kedah) dan 13 Jan - Pasdec Perdana SAUDI (Raub, Pahang).

 

Kes import:-

WN (Warganegara), BWN (Bukan Warganegara)

8 Jan - 299 (265 WN, 34 BWN) 9 Jan - 323 (287 WN, 36 BWN), 10 Jan - 338 (273 WN, 65 BWN), 11 Jan - 272 (224 WN, 48 BWN), 12 Jan - 303 (224 WN, 79 BWN) dan 13 Jan - 321 (233 WN, 88 BWN).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

pic-5

8 Jan (39,776), 9 Jan (39,927), 10 Jan (39,742), 11 Jan (39,913), 12 Jan (39,896) dan 13 Jan (40,276).

 

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada 8 Jan 2022;

  • 58 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,193 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Daripada 2,888 kes harian yang dilaporkan pada 9 Jan 2022;

  • 36 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,641 kes harian yang dilaporkan pada 10 Jan 2022;

  • 57 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,584 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Daripada 3,175 kes harian yang dilaporkan pada 11 Jan 2022;

  • 60 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,115 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,198 kes harian yang dilaporkan pada 12 Jan 2022;

  • 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,159 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,684 kes harian yang dilaporkan pada 13 Jan 2022;

  • 34 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,650 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

8 Jan (3,161), 9 Jan (2,714), 10 Jan (2,808), 11 Jan (2,977), 12 Jan (3,200) dan 13 Jan (3,292).

* kes kumulatif sembuh sehingga 13 Jan 2022 sebanyak 2,726,891 (97.4 peratus).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

8 Jan - 11 (BID 2), 9 Jan - 23 (BID 4), 10 Jan - 18 (BID 2), 11 Jan - 27 (BID 9), 12 Jan - 15 (BID 6) dan 13 Jan - 12 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 13 Jan 2022, sebanyak 31,750 kes.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

* kluster import

8 Jan - 2 (tempat kerja dan import 1);

* import - Kluster Jalan Dua Saudi (Machang, Kelantan)

9 Jan - 1 (komuniti 1);

10 Jan - 4 (tempat kerja 1, keagamaan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

11 Jan - 9 (tempat kerja 2, komuniti 2, pendidikan 2, import 1 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

* import - Kluster Dah Kampung Pegawai Saudi (Kota Setar, Kedah).

12 Jan - 8 (tempat kerja 4, komuniti 1, pendidikan 2 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

13 Jan - 8 (tempat kerja 2, komuniti 2, pendidikan 3, import 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

* import - Kluster Pasdec Perdana Saudi (Raub, Pahang).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

pic-6

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 320,885,933 (Rangkuman Minggu lalu sebanyak 303,342,835) dengan 5,538,771 kematian (Minggu lalu 5,496.143 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 264,018,115 berbanding 258,180,531 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 64,987,066 kes (+619,909);

India 36,571,423 kes (+253,496);

Brazil 22,814,917 kes (+96,311);

United Kingdom 14,967,817 kes (+109,133);

Perancis 13,240,304 kes (+305,322);

Rusia 10,723,305 kes (+21,155);

Turki 10,271,240 kes (+75,564);

Itali 8,155,645 kes (+184,615);

Sepanyol 7,930,528 kes (+159,161);

Jerman 7,805,149 kes (+93,154);

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 116 dengan 104,379 kes dan 190 kes harian baharu.

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Kampuchea dan Laos, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 14 - 4,268,890 kes (+793);

Filipina di tangga 20 - 3,092,409 kes (+34,021);

Malaysia di tangga 21 - 2,798,917 kes (+3,684);

Thailand di tangga 26 - 2,300,457 kes (+8,167);

Vietnam di tangga 28 - 1,975,444 kes (+16,725);

Myanmar di tangga 68 - 532,725 kes (+172);

Singapura di tangga 91 - 289,085 kes (+960);

Laos di tangga 111 - 122,241 kes (+805);

Kampuchea di tangga 113 - 120,718 kes (+34);

Brunei di tangga 169 - 15,750 kes (+98).

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

 

BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan