EKONOMI

APLIKASI TIP-TOPP BANTU INDIVIDU, SYARIKAT TINGKAT PENDAPATAN

17/03/2022 09:43 PM

SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) -- Persatuan Generasi Bersekutu hari ini melancarkan aplikasi ‘Tip-topp’ yang bertujuan bagi membantu syarikat atau individu meningkatkan pendapatan di samping memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Presidennya Syed Ariffin Abu Thahir berkata aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Gold Cheers (M) Holding Sdn Bhd itu  telah menarik penyertaan lebih 500 syarikat dan individu setakat ini.

“Dengan adanya aplikasi ini, syarikat atau individu termasuk anak-anak muda dapat menggunakan aplikasi ini sebagai medium untuk melonjakkan lagi pendapatan mereka dan mampu memberi peluang kepada ‘freelance’ untuk mempromosikan perkhidmatan yang mereka tawarkan,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Aplikasi Digital Tip-topp di Subang Pelangi, di sini.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Gold Cheers (M) Holding Mohamad Ayub Khan Amanullah.

Syed Ariffin berkata pihaknya tidak mengenakan bayaran dan syarat tertentu kepada mereka yang ingin mengembangkan perkhidmatan masing-masing di dalam aplikasi itu.

“Setakat ini pelbagai perkhidmatan telah ditawarkan di dalam aplikasi antaranya perkhidmatan perubatan, dobi, pembersihan, gajet serta komputer, pusat tuisyen dan pembaikan kereta.

“Malah pengguna yang berada jauh di perantauan boleh menempah perkhidmatan yang diperlukan oleh keluarga mereka di kampung halaman,” katanya.

Beliau berkata syarikat dan individu yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi Tip-topp yang dimuat turun daripada App Store dan Google Store atau melayari website www.tip-topp.com untuk maklumat lanjut.

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan