MOSCOW, 16 Mei (Bernama) -- Parlimen Finland dan Sweden akan membincangkan laporan kerajaan berkaitan proses permohonan negara itu menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin, lapor Sputnik.
Di Finland, Perdana Menteri Sanne Marin akan membentangkan laporan Penyertaan Finland ke NATO, diikuti perbahasan di parlimen.
“Sekiranya terdapat cadangan yang berbeza ketika perbahasan dan disokong, ia akan dikemukakan ketika sesi undian pada akhir sesi,” menurut kenyataan Parlimen Finland.
Sementara itu, Parlimen Sweden akan mengadakan perbincangan khas Laporan Dasar Keselamatan, yang akan dibentangkan Perdana Menterinya Magdalena Andersson.
"Seorang wakil dari setiap parti boleh mengambil bahagian dalam perbahasan. Ucapan tidak lebih 10 minit," menurut Parlimen Sweden.
Finland menjangkakan perbahasan akan berlanjutan sehingga Selasa, manakala akhbar Sweden Expressen pada Jumaar melaporkan, ketua Kabinet Sweden akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk memuktamadkan mengenai keahlian NATO pada Isnin.
Finland dan Sweden mempertimbangkan rancangan menyertai NATO sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari.
Pada Mac, Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata pakatan itu akan mempercepatkan permohonan keahlian Finland dan Sweden jika kedua-dua negara itu memutuskan untuk menyertai NATO.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial