Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 28 Jun (Bernama) -- Pakistan meminta Twitter memulihkan semula empat akaun rasmi kedutaannya yang tidak dapat diakses di India.
Kementerian Luar Pakistan memaklumkan akaun yang disekat di India termasuk akaun rasmi misi diplomatiknya di Mesir, Iran, Turkiye dan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kami menggesa @Twitter memulihkan kembali akses kepada akaun kami dengan kadar segera serta memastikan pematuhan hak demokrasi kebebasan bersuara.
“Penindasan terhadap maklumat itu melanggar komitmen India" di bawah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik,” kata Munir Akram, wakil tetap Pakistan ke PBB.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial