EKONOMI

Kerajaan sediakan geran RM50 juta sokong pembangunan komponen aeroangkasa- MoF

08/10/2022 12:42 AM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM50 juta bagi menyokong pembangunan komponen aeroangkasa, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut beliau, kawasan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang akan terus dimajukan sebagai kluster industri aeroangkasa terutamanya untuk operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kerajaan akan terus menyokong pelaburan dalam sektor-sektor berimpak tinggi dan strategik yang berupaya memacu pembangunan negara,” katanya semasa membentangkan Bajet 2023 di Parlimen di sini hari ini.

Bagi menarik syarikat aeroangkasa baharu dan menggalakkan perkembangan syarikat sedia ada, insentif cukai pendapatan serta elaun cukai pelaburan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2025, katanya.

Beliau turut memberitahu sebanyak RM20 juta akan disediakan secara geran padanan pada tahun depan bagi menyokong pembangunan produk dan melahirkan bakat tempatan dalam industri peranti perubatan.

Kerajaan juga akan mengutamakan perolehan produk farmaseutikal dan peranti perubatan daripada pengeluar tempatan, kata beliau.

Tambahnya, bagi menggalakkan pembangunan farmaseutikal, insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan