JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan disyaki pukul ibu kerana tidak kemas rumah

02/11/2022 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata wanita berusia 44 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata semasa kejadian suspek yang berusia 19 tahun dikatakan bertindak mengunci pintu hadapan dan membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

"Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu turut bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.

Bertindak atas laporan dibuat ibunya pada Isnin lepas, polis menahan remaja itu pada 7.30 malam dan kini direman sehingga Sabtu (5 Nov) ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohamad Fakhruddin berkata suspek didapati negatif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya.

Beliau turut mengesahkan kejadian berkenaan bukan kali pertama dan pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan