AM

10 sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam insiden kepala air

29/11/2022 12:05 AM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Seramai 10 sekeluarga termasuk enam kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam insiden kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali dekat sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis, ketika dihubungi malam ini, berkata kesemua mangsa yang berusia lingkungan enam hingga 63 tahun itu diselamatkan pada 8.21 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

Semua mangsa berasal dari Sungai Buloh.

Katanya sebarang perkembangan baharu mengenai insiden itu akan dimaklum dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan