DUNIA

7 maut, 6 cedera bom tepi jalan meletup di utara Afghanistan

06/12/2022 04:48 PM

MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan) 6 Dis (Bernama) – Seramai tujuh penumpang maut manakala enam lagi cedera apabila sebuah bas yang dinaiki dilaporkan terkena letupan yang diletakkan di tepi jalan Mazar-i-Sharif, ibu kota wilayah utara Balkh pada Selasa.

"Bom berkenaan diletakkan di tepi jalan dan mengenai sebuah bas yang membawa kakitangan kerajaan Direktorat Petroleum pada 7.30 pagi waktu tempatan, mengakibatkan tujuh penumpang maut manakala enam lagi cedera," kata jurucakap polis wilayah Mohammad Asif Waziri kepada media.

Para penumpang dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum insiden itu berlaku, lapor Xinhua.

Siasatan berhubung kejadian telah dijalankan, dan tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab setakat ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan