KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membincangkan kesiapsiagaan menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.
Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Loke juga memaklumkan akan berjumpa dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam masa terdekat untuk membincangkan cara menambah baik dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter.
"Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan KVDT1 (Landasan Berkembar Lembah Kelang Fasa 1) yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala," katanya.
Petang tadi, beliau meninjau perkhidmatan KTM komuter dan keadaan di TBS dengan mengambil tren dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantunya.
Tinjauan itu diadakan susulan banyak maklum balas diterima daripada media sosial berhubung perkhidmatan komuter dan masalah mencetak pas masuk bas di TBS.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial