AM

Madani satu kerangka dasar rangkumi enam tonggak

19/01/2023 02:10 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak.

Pengumuman itu dibuat dalam amanat bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut adalah enam tonggak Madani:

  • keMampanan
  • KesejAhteraan
  • Daya cipta
  • hormAt
  • keyakiNan
  • Ihsan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara, tetapi turut menyentuh mengenai pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan meliputi ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan