AM

Perubahan waktu operasi HASiL sepanjang Ramadan

22/03/2023 01:33 PM

PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) -- Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Menerusi kenyataan hari ini, HASiL memaklumkan bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan bermula dan tamat pada waktu sama dari Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis, operasi ditetapkan pada 8 pagi hingga 3 petang.

"Perubahan waktu operasi itu melibatkan kaunter khidmat rundingan negeri (percukaian), pejabat satelit, duti setem dan bantuan khas kerajaan (sumbangan tunai rahmah)," menurut kenyataan itu. 

HASiL turut memberitahu waktu operasi bagi e-Janji Temu HASiL untuk perkhidmatan di kaunter khidmat rundingan negeri (percukaian) dan pejabat satelit di semua negeri bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Penerimaan bayaran di kaunter duti setem ditetapkan setakat 12 tengah hari sahaja. 

Perkhidmatan HASiL Care Line (HCL) akan bermula dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan perkhidmatan Telefonis bermula dari 8 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Khamis di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang akan bermula pada 8 pagi hingga 3 petang.

HASiL menjelaskan Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) di Kuala Lumpur; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak beroperasi dari 8 pagi hingga 3 petang untuk perkhidmatan tunai manakala perkhidmatan selain tunai adalah dari 8 pagi hingga 3.30 petang.

Sementara itu, waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara bermula hari ini hingga 20 April bermula pada 8 pagi hingga 4.30 petang, dari Isnin hingga Ahad.

Operasi di UTC pada Jumaat pula adalah dari 8 pagi hingga 12.15 tengah hari bagi Semenanjung, Sarawak (8 pagi hingga 11.45 pagi) serta Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (8 pagi hingga 11.30 pagi).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan