AM

Rapid KL lanjutkan operasi LRT Bukit Jalil hingga 1 pagi Ahad ini

26/07/2024 10:11 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai ( Bernama) -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL akan melanjutkan operasi stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil esok sehingga 1 pagi, Ahad bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

“Pengguna diminta menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.

“Sila guna kad Touch ‘n Go bagi kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu.

Terdapat tiga acara menarik akan berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil, esok  iaitu Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur dan Konsert Rianie Yang 2024 di Axiata Arena. 

Selain itu, program Nihon Matsuri 2024 yang bermula sejak semalam hingga Ahad ini turut diadakan di tempat parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan