AM

RM7.2 BILION NILAI PROJEK KEPADA KONTRAKTOR JANA WIBAWA DI KKDW DIBATALKAN

09/04/2023 08:58 PM

MACHANG, 9 April (Bernama) -- Sebanyak RM7.2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibatalkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan untuk membatalkan tender tersebut dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan projek itu akan ditender semula.

"Kita tahu ada sedikit gangguan dari segi pelaksanaan dan yakinlah sekiranya tata etika dan peraturan diikuti ia akan dilakukan dengan segera, insya-Allah projek itu akan siap dalam tempoh yang ditentukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kelantan 2023 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata syarikat yang terbabit dalam projek Program Jana Wibawa yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19, berpeluang menyertai tender terbuka yang akan dikeluarkan kerajaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan