AM

PM ANWAR SERU PERJUANGKAN KEBANGKITAN SELATAN GLOBAL

26/06/2024 12:59 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru untuk memperjuangkan kebangkitan Selatan Global, bagi memupuk dunia yang setiap negara mempunyai tempat dan suara dalam membentuk masa hadapan yang kolektif.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.

“Sebagai contoh, Sepanyol, Ireland dan Norway menjadi lebih tegas dan tanpa rasa bersalah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu global.

“Ini menunjukkan satu langkah ke arah perspektif global yang sebenarnya, di mana pelbagai suara dan pandangan semakin diiktiraf dan dihormati,” katanya.

Anwar turut menyatakan bahawa beliau dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, komited untuk memajukan agenda itu.

“Mengimbau semula zaman Zhou Enlai, Sukarno dan Nyerere semasa Persidangan Bandung Asia-Afrika pada tahun 1955, adalah jelas bahawa walaupun dunia telah berkembang, namun sikap merendah-rendahkan yang lain dan pemikiran penjajah masih lagi berterusan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan