AM

MASYARAKAT DIINGATKAN BERHATI-HATI DENGAN PINJAMAN MUDAH - ANGKASA

13/04/2023 12:17 AM

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.

 Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata terlalu banyak pinjaman ditawarkan oleh pelbagai pihak pada musim perayaan dengan syarat mudah termasuk kepada mereka yang disenarai hitam.

“Jadi saya harap mereka tidak terperangkap kalau ada tawaran yang sedemikian. Kadang-kadang scammer, ataupun (apabila) terima panggilan, kena periksa betul-betul supaya maklumatnya jelas.

“Kalau ada kemusykilan, bolehlah rujuk kepada Angkasa (untuk) mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis agihan pek juadah berbuka puasa di Wisma Bernama di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Koperasi Bernama Berhad Datuk Zakaria Abdul Wahab.

 Terdahulu, sejumlah 300 pek makanan diagih kepada petugas agensi berita itu sebagai tanda penghargaan kepada media dalam mempromosi peranan dan aktiviti yang dilaksanakan Angkasa.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan