AM

Bekas Adun Tambun Tulang Meninggal Dunia

22/05/2023 04:44 PM

KANGAR, 22 Mei (Bernama) -- Bekas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim yang juga abang kepada Ismail, menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut Shahidan, Ismail yang juga adik bongsu beliau meninggal dunia pada 2.45 petang tadi.

Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) dan PRU14.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan