AM

Peluru Mortar Dijumpai Di Padang Polo

30/06/2023 08:36 PM

IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai  peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata petugas Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh menerima panggilan kira-kira 3 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan objek mencurigakan itu di tepi kolam taman rekreasi berkenaan.

Beliau berkata peluru itu ditemukan dalam keadaan tenggelam kira-kira satu inci dalam kolam berlumpur dan terlihat bahagian belakang peluru.

"Pasukan Unit Pemusnah Bom IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati peluru mortar tersebut berukuran panjang 300mm (milimeter), lebar 60mm dan tidak mengandungi bahan letupan dan digunakan untuk latihan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peluru mortar tersebut telah dibawa ke Bahagian Persenjataan IPK Perak untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan