AM

PENYASARAN SEMULA SUBSIDI SECARA BERFASA MULAI 2024 - PM ANWAR

13/10/2023 04:59 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan keperluan Belanjawan 2024 yang dijangka mencecah RM81 bilion berbanding RM64 bilion pada Belanjawan 2023 adalah akibat langkah kerajaan mengekalkan harga barangan bersubsidi, walaupun berdepan kenaikan luar jangka harga komoditi dunia.

“Sekali pun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah telah meningkatkan ketirisan serta penyeludupan ke luar negara, malah subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.

“Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan