AM

LELAKI CEDERA TANGAN TERSEPIT PADA MESIN PROSES AYAM

19/11/2023 03:53 PM

IPOH, 19 Nov (Bernama) --  Seorang pekerja lelaki cedera selepas tangannya tersepit pada mesin memproses ayam di Pasar Jelapang, Kampung Baru Jelapang dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian terhadap lelaki berusia 33 tahun itu pada 11.31 pagi.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja memproses ayam. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menggunakan peralatan khas seperti gergaji dan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke hospital dan operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 12.12 tengah hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan