AM

Kompleks Icqs Rantau Panjang Beroperasi Semula

28/12/2023 12:35 PM

KOTA BHARU, 28 Dis (Bernama) -- Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas beroperasi semula hari ini.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Pada Selasa, Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup sementara berikutan kawasan sekitarnya yang terjejas banjir hingga menyebabkan orang ramai sukar datang ke lokasi itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan Pekan Rantau Panjang hari ini mendapati air sudah mulai surut dan aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan