AM

WARTAWAN HIBURAN KRITIKAL DI LONDON, FAHMI MINTA BANTUAN TABUNG KASIH@HAWANA DISALURKAN SEGERA

28/12/2023 08:37 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) --  Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menyalurkan bantuan kewangan segera menerusi Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang dilaporkan kritikal di sebuah hospital di London.

Fahmi dalam catatan menerusi Facebook beliau hari ini berkata bantuan berkenaan juga akan disalurkan kepada suami dan anak-anak wartawan itu.

“Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.

“Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” katanya.

Siti Nor Hafiza, 40, kini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suami dan dua cahaya matanya pada pertengahan bulan ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan