SUKAN

Brendan Gan Tinggalkan Selangor Fc

01/02/2024 11:50 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Pemain tengah negara, Brendan Gan mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Selangor FC selepas empat musim bersama skuad ‘Gergasi Merah’.

Selangor FC, dalam satu kenyataan hari ini, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Brendan atas sikap kepimpinan beliau membimbing pasukan serta segala usaha kerasnya dalam mempamerkan aksi cemerlang untuk ‘Gergasi Merah’ bagi setiap perlawanan sejak menyertai pasukan pada Disember 2019 dari Perak FC.

“Menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan, Brendan merupakan individu yang sentiasa membawa aura positif dan watak pantang menyerah kalah yang diperlukan dalam sesebuah pasukan.

 “Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Gan untuk perancangan masa hadapannya. Semoga kita bertemu lagi. Once a Red, #foreverRED,” menurut kenyataan tersebut.

Sepanjang khidmatnya bersama Selangor FC, pemain berusia 35 tahun itu telah membuat sebanyak 80 penampilan dengan 75 daripadanya beliau diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjadi ketua pasukan hampir dalam kesemua perlawanan bersama mereka.

Pemain kacukan Malaysia-Australia itu juga telah menyumbang 14 jaringan serta 12 bantuan gol bersama Selangor sebelum ini.

-- BERNAMA


 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan